Posts

KURSUS PEMANTAPAN UNTUK GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM j-QAF ambilan 2007

Satu Kursus yang akan diadakan esok,Khamis dan Jumaat bertempat di Dewan Bestari ,Jabatan Pelajaran Bukit Baru Melaka.Kursus Pemantapan bagi guru-guru pendidikan Islam j-QAF Negeri Melaka Ambilan 2007.Semua guru-guru j-QAF diharap dapat hadir awal ke tempat kursus seperti didalam surat jemputan yang diedarkan kesekolah-sekolah. Pada hari yang sama Pertandingan Ihtifal Kawasan Alor Gajah akan diadakan diSK Simpang Ampat seperti yang diwartakan sebelum ini. Di hari yang sama juga ahlijawatankuasa Semarak Jawi bersiap sedia untuk persiapan di Dewan Perpustam untuk Pameran Semarak Jawi yang akan diadakan pada 15 hingga 17 Ogos ini. Semua adalah dijemput hadir memeriahkan pameran ini.

KEPADA TUAN RUMAH PERINGKAT KAWASAN

Blogjqafmelaka berharap agar guru-guru j-QAF yang menjadi tuan rumah Ihtifal Khatam al-Quran Tahun 2008 yang telah berlangsung untuk menghantar email berupa gambar-gambar program yang telah berlangsung ke email : jqafmelaka@yahoo.com untuk dipamerkan kepada warga blog.Untuk makluman semua blog jqafmelaka kini sudah mula mendapat perhatian ramai sebagai satu wadah penyampaian maklumat,berita,makluman yang tepat untuk kebaikan bersama.Sekalong terima kasih kepada warga Sektor Pendidikan Islam Dan Moral yang diketuai oleh Ust Ismail Mohamd yang memberi sokongan kepada kewujudan blog ini.Pihak blog akan mengemaskini dari masa kesemasa blog ini sebagai satu wacana untuk semua guru-guru pendidikan Islam seluruh Negeri Melaka. jqafmelaka@blog2008

PERTANDINGAN SENGIT BERMULA

Melaka: 12 Ogos 2008 : Pertandingan Ihtifal telah diadakan di beberapa tempat di seluruh Negeri Melaka mewakili kawasan tiga daerah diMelaka.Di Sek Keb Paya Rumput siang tadi pertandingan bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Us Roslan Latif Unit Pendidikan Islam PPD Melaka tengah amat berbangga dengan penyertaan yang begitu mantap oleh semua sekolah Daerah Tanjung (Melaka Tengah).Beliau yang merasmikan Perasmian Penutup Ihtifal berharap bakat-bakat yang menyerlah akan dapat dicungkil lagi pada masa-masa akan datang.Beliau juga mengingatkan semua guru-guru j-QAF agar mempergiatkan usaha untuk memastikan semua pelajar j-QAF akan khatam al-Quran pada tahun 2010.Pertandingan yang sama telah diadakan di Sek Keb Merlimau dan semalam bagi kawasan Ayer Keroh telah diadakan di SK Pernu.Esok dua pertandingan akan diadakan di Sek Keb Banda Hilir dan SK Simpang Ampat.Wartawan j-QAF akan mendapatkan keputusan dan gambar-gambar terkini pertandingan untuk tatapan warga blog...

ESOK BERMULA IHTIFAL KHATAM QURAN 2008 PERINGKAT KAWASAN

MELAKA: 10 Ogos 2008 - Esok bermula Ihtifal Khatam al-Quran bagi peringkat Kawasan. Sekolah yang menjadi tuan reumah esok ialah SK Pernu bagi Daerah Melaka Tengah dan SK Kesang Tua bagi Daerah Jasin. Peserta adalah terdiri dari Tilawah,Kuiz,Kalam Jamaei dan Dikir Barat. Menurut Ustazah Amal dan Ust Roslan SK Pernu ,Pertandingan kali ini menjanjikan persaingan sengit.Sebuah lagi vennue ialah di SK Kesang Tua.Wartawan jqafmelaka akan mengumpul keputusan pertandingan dari masa kesemasa .Lima buah sekolah yang menjadi tuan rumah pada tahun ini sedang sibuk menyiapkan persiapan agar ianya berjaya.Selamat berjaya.

SENARAI JEMAAH HAKIM IKQ 2008

SENARAI PARA HAKIM IKQ 2008 1.HJH AZIZAH BINTI HJ OMAR -UNIT BAHASA(ganti En Pardan) 2EN AZIZ BIN JANTAN-PPD ALOR GAJAH 3UST ROSIDAH BINTI HJ OTHMAN-SK AIR BARUK 4US AHMAD NASRUDDIN BIN MOHAMED SK BANDAR HILIR 5US RIDUAN BIN SALLEH-SK BANDAR HILIR 6UST SAFIAH BINTI MAHAT-SK BANDAR HILIR 7UST NOR AZAH BINTI MOHAMMAD-SK BATU BERENDAM 7US NUR IMAN BIN MOHD RAZUAN-SK BATU BERENDAM 8US YUSRI BIN KAMARUDDIN-SK BATU BERENDAM 10US YASER BIN ABDUL KADER-SK BATU GAJAH 11US ABDUL SALLAM BIN YAAKOP-SK BELIMBING DALAM 12US RUAIDI BIN MUSTAPHA-SK BUKIT BERUANG 13UST NORAFZAN BINTI AHMAD-SK BUKIT TEMBAKAU 14UST FAEZAH BINTI HASHIM-SK CHENG 15US AZMI BIN MD YASIN-SK CONVENT INFANT JESUS 2 16US KAMARUZZAMAN BIN MD ISA-SK DATO NANING 17US MOHD AZRANI BIN ASRAN-SK DATUK HAJI BAGINDA 18US SHABANI BIN MD SAKAN-SK DATUK PALEMBANG 19UST AISYAH BINTI HASAN-SK DURIAN TUNGGAL 20UST ALIJAH BINTI SALLEH-SK JASIN 21US HARUZI BIN HAMZAH-SK LEREH 22US ISMAIL BIN SANIT-SK MALIM 23US MOHD AYUB BIN AWAF-SK MERLIMAU 1 2...

KEPUTUSAN PENYELARASAN PERATURAN OLEH JEMAAH HAKIM IKQ 2008

KEPUTUSAN PERATURAN JEMAAH HAKIM IKQ2008 Perhatian : 1.Markah untuk tilawah : Tajwid - 40 Markah Kelancaran &Suara – 30 Markah Fasohah - 30 Markah 2.3 Markah akan dipotong kepada pelajar yang tidak boleh mencari juzuk dan ayat bagi acara Tilawah al-Quran. 3. Bagi Bahagian Kuiz -Jangan lupa membawa alat tulis kepada Kawasan yang bersetuju peserta membawa sendiri alat tulis untuk Kuiz bertulis 4. Sekiranya berlaku persamaan markah diantara sekolah - Hakim akan merujuk kepada markah al-Quran tertinggi ,kemudian Jawi kemudian al-quran dan fardhu Ain mengikut turutan. 5. Kalam Jamaei - Pelanggaran Syarat yang perlu diambil perhatian 5.1 Tidak dibenarkan membawa bahan bantu yang keterlaluan (Prope) 5.2 Guru tidak dibenarkan menjadi konduktor 5.3 Pakaian seragam adalah dibenarkan 5.4 Pelanggaran syarat diatas akan dipotong markah dan tidak akan dikira sebagai pemenang nombor 1- 3 5.4 Persembahan adalah rujukan utama sekiranya berlaku per...

JQAF MELAKA PENUH DENGAN PROGRAM SEHINGGA SEPTEMBER 2008

6 Ogos 2008 : PKG SK Cheng : Seramai 14 orang jurulatih utama dari kalangan guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF sedang bertungkus lumus untuk memastikan pembinaan soalan kuiz untuk Ihtifal Khatam Quran Peringkat Kawasan dan Negeri siap sebelum pertandingan dijalankan.Menurut Us Abdul Razak Ketua Jurulatih Utama j-QAF Negeri Melaka, beberapa aspek penting telah diberi penekanan didalam menentukan soalan yang relevan dan setanding dengan pertandingan-pertandingan lain diperingkat negeri dan kebangsaan.Beliau merasakan cabaran pada tahun ini amat getir kerana j-QAF kali ini telah melangkah ke tahun ke empat perlaksanaan. Pembinaan soalan ini dijalankan selama 3 hari dari 4 hingga 6 Ogos yang masih dalam proses terakhir persiapan menjelang pertandingan. Menurut Ust Che Mat program j-QAF kali ini amat mencabar kerana pertindanan tarikh program yang begitu ketat membuatkan beliau terpaksa memastikan semua program yang dirancang akan dilaksanakan dengan teratur dan berjaya.Tambah beliau Ku...